Catatan

Assalamualaikum

Selamat sejahtera ke atas kamu semua (pembuka bicara 2023). Saudara, sudah hampir setahun laman blog ini sepi. Jika laman ini mempunyai bentuk sudah pasti dipenuhi habuk yang tebal. "fuh, fuh, fuh" (seketika saya cuba meniup laman blog ini secara alam maya).

Seketika di PTSL, UKM

Imej
  Ruang Senyap (Quite Space)  Tenang sungguh rasanya.   

Belenggu rasa itu...

Imej
 Jumaat, 16 Disember 2023.  Saudara, sudah hampir seminggu saya dibelenggu suatu rasa yang pasti saya kira sukar untuk diceritakan. 'Rasa' itu sedikit sebanyak mengganggu waktu tidur dan hari-hari yang saya lalui. Allahu Akbar. Lalu, petang Jumaat itu, saya keluar dari bilik kolej dan mencari tempat yang ramai orang, sempat juga menjamah menu di Richiamo Coffee iaitu Mushroom Pie. Lebih satu jam berada di kafe itu, sambil menenangkan perasaan sendiri, kemudian saya mengambil keputusan untuk balik semula ke kolej. Entah apa yang mengganggu fikiran saya. 

Pusat Sains Negara

Imej
            Saudara, bertarikh 3 Disember 2022, jam 2 petang sempat saya dan sahabat melawat Pusat Sains Negara, yang terletak di sekitar bandar Kuala Lumpur. Memandangkan cuti pertengahan semester sudah tiba, jadi tidak salah untuk saya dan sahabat mengambil peluang meronda dan mengenali tempat-tempat menarik yang ada di bandar Kuala lumpur. Teruja sunggu kami, wujudnya pusat ini secara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar khasnya dan orang awam untuk mengenali dengan lebih dalam tentang sains. Seketika saya di sana, banyak yang saya dapat belajar. Terutamanya, bagaimana terhasilnya gempa bumi dan merasai sendiri skala gegaran yang berlaku. Hal ini kerana, pusat sains negara bukan hanya membuat pameran semata-mata, malah pusat ini turut menyediakan alat dan cara untuk menggunakan alat tersebut. Hebat sungguh. Itu sahaja yang dapat dikongsikan, dan saya selitkan juga di sini gambar serta tangkap layar yang sempat kami rakamkan ketika berada di sana. Ini kali pertama saya dan

Perasaan

Imej
Saudara, lama menyepi setelah semuanya pulang memilih tempoh hari. Alhamdulillah, walau apa-apa sahaja pilihan pasti akan menyuntik semangat baru untuk kita semua rakyat Malaysia (dengan izin Allah).  Saudara, sengaja saya selitkan gambar di atas beserta kapsyen 'perasaan'. Sekitar berlangsungnya Majlis Konsvokesyen ke-50 Universiti Kebangsaan Malaysia, saya dan sahabat keluar untuk merasakan suasana majlis itu. Namun begitu, perasaan teruja saya pada waktu itu dicemari dengan rasa terkilan dan kecil hati dek hanya bait-bait kata yang dianggap biasa tetapi sukar sekali untuk saya terima. Sehingga senja itu, saya duduk bersila di hadapan padang tenis, dan ketika itu juga kalbu saya dirudum suatu rasa yang agak sukar di terjemah, mata jua seakan mengerti laju saja mengeluarkan air mata. Bagaimana hebat seseorang itu menahan rasa tanpa perlu menceritakan kepada sesiapa sahaja, dan sehingga ke hari ini masih lagi saya simpan. Cukup sahaja cerita itu di simpan tanpa perlu memburukka

Memilih

Imej
  Hari ini 19 November 2022 merupakan hari untuk rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab masing-masing, demi negara tercinta. Saudara, pada usia saya yang sudah mencecah 23 tahun dan ini adalah tahun pertama saya serta sahabat seumur mengundi. Allahu Akbar, tidak tergambar perasaannya, bercampur baur antara teruja, berdebar, dan takut. Hanya tuhan saja yang mengetahui segalanyakan? Sungguh, saya sebagai seorang mahasiswa tidak dapat mengelak dari perasaan was-was. Hal ini kerana, terlalu banyak perkara yang telah memesongkan kepercayaan saya terhadap semua parti yang ada. Antara rasa was-was itu, selalu saya selitkan istighfar supaya rasa tidak yakin itu hilang. Sentiasa mohon pada Allah untuk mendorong hati saya kepada pilihan yang tepat, namun sebagai manusia saya jua tidak boleh lari dari sebarang kemungkinan yang mungkin akan merubah segala yang akan berlaku. Semoga pilihan saya dan saudara semua di tempatkan dalam pilihan yang terbaik untuk negara, agama dan bangsa kita.  

Kesihatan

Imej
  Sahabat, sejak akhir-akhir ini seringkali saya diserang sakit pada bahagian perut yang sangat kuat terutama pada bahagian kiri. kadang-kadang setiap kali bangun pagi saya akan rasa mual dan hendak memuntahkan apa-apa yang ada dalam perut ini, seperti ada sesuatu yang menolak daripada dalam. Entah mengapa, adakah saya tersalah makan atau sebaliknya. Allahu Akbar, mahal sungguh nilai sihat ini kan?